Perjalanan & Pengalaman Kisah Cintaku (Kisah 1)
Salam Sayang.. Salam Rindu.. & Salam Segala Salam Diucapkan Kepada Kesemua Para Pembaca Blog Yang Bakal Membaca Perkongsian Kisah Sebenar Saya Berikut Ini..
Dalam Catatan Blog Saya Disini, Saya Memilih Untuk Berkongsikan Mengenai CINTA..
Saya Pasti, Bila Sebut & Bercakap Soal CINTA Memang Tiada Habisnya! Setuju??
Semua Orang Pasti Pernah BERCINTA.. MENCINTAI..
DICINTAI.. JATUH CINTA..
.
Warna Perjalanannya Sudah Pasti Bermacam-macam Bukan?? Tidak Semestinya Berwarna Terang Sentiasa.. Terkadang DiSelubungi Warna GELAP!
Senang Cakap, Tidak Semuanya INDAH & KESAMPAIAN.. Terkadang PUTUS DI TENGAH JALAN DiAtas Sebab-Sebab Tertentu Yang Tidak Mampu Untuk DiElakkan = TIADA JODOH 💔
.
Sudahkah Anda Bersedia Untuk Membaca Kisah 1 Perjalanan/Pengalaman CINTA Saya??
Ini Merupakan Antara Kisah PERCINTAAN Yang Tak Mampu Saya Lupakan Sampai Bila-Bila..
Ok Sebelum Saya Ingin Lanjutkan Perkomgsian Kisah Saya Ni, Tolong Sediakan Tisu Yer.. Takut Ada Yang BANJIR Pula! Baiklah.. Begini Kisahnya.. 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
.
.
PERKENALAN...
Saya Mengenali Gani
(Teman Lelaki Saya Pada Waktu Itu)
Di 'CHATLINE'.. Ketika Itu, Usia Saya Sekitar Antara Lingkungan 18-20 Tahun Begitu.. Gani Pula Berusia 20 Lebih Tahun.. Berstatus SINGLE.. Bekerja Sebagai Seorang Pembersih.. Masih SEGAR Diingatan Saya, Kami Saling Menghantar Gambar Menerusi MMS..
Saya Ada Berterus-terang Memberitahu Gani Mengenai Keadaan Saya Bahawa Saya Tidak Boleh Berjalan Dilahirkan Dengan Cerebral Palsy.. Beliau Kata Beliau Tak Kisah.. Beliau Boleh Menerima Saya Seadanya.. Syukur.. 🤲🏻
.
Perhubungan Kami Semakin Rapat Dari Hari Ke Hari.. Kerap Menghubungi.. & Kemudian DiTakdirkan Kami Berdua Pun Ehem Ehem Ehemmm! Suka Sams Suka.. Hadir Perasaan SAYANG & Kami Berdua Pun Menjadi Kekasih.. 😍
Satu Persamaan Antara Kami Adalah, Kami Gemar Seni Menyanyi! HaHa.. Yup.. Jadi Bila Setiap Kali Ingin Mengakhiri Perbualan Di Fon.. Kami Akan Saling Menyanyikan Lagu.. Lagu Dangdutlah, Lagu Rock Klasik Melayulah.. Apa Jua Lagu Yang Kami Tahu.. Berduet Sambung-Menyambung Lirik Pun Pernah! HaHaaaa.. 'Swit' Kan Kami?? 😁
.
.
LANGIT TIDAK SELALU CERAH..
Begitulah Hakikat & Lumrahnya.. Hidup Dalam DUNIA Ini.. Langit Tidak Selalu Cerah.. Tidak Selalunya INDAH, Bersulamkan KEGEMBIRAAN Atau Memori MANIS.. Terkadang Sepasang Mata Harus Bersedia Untuk MENANGIS! 😢
Suatu Hari Semasa Sedang Berbual Di Fon
(Telefon Bimbit/HP) Saya Dapat Merasa.. Dapat Meneka Dari Nada Suara Gani Seperti Ada Sesuatu Yang Tak Kena! Yang Cuba DiSelindungkan & DiRahsiakan Dari Saya.. Selaku Kekasih, Sudah Pasti Saya Ingin Tahu Apakah MASALAH Beliau Yang Sebenarnya.. Apa Sebenarnya??
Jadi Saya Bertanya
"Sayang.. Kenapa Ni?? 'Are U All Right??' U Ok??"
Gani Cuba Menafikan Dengan Mengatakan
"I Ok.. Tak Ada Apa-Apa"
DANNNNNN!! *Dot Dot Dot*
.
.
PADA MALAM TERSEBUT
Saya Menghubungi Gani & Kami Asyik Berbual Mesra! DiSertai Gelak Tawa.. Indahnya.. & Hinggalah Kedengaran Jelas Suara Ibunya Dari Belakang
"Kau Berbual Dengan Siapa Tu?? Mesti Dengan Si Perempuan CACAT Tukan?? Jangan-Jangan CEBOK Pun Tak Bersih!!"
Ya ALLAH! Dapat Tak Anda Bayangkan & Rasakan, Bagaimanakah Perasaan Saya Pada Ketika Itu?? HaHaaa! Hanya ALLAH Aje Yang Tahu.. Terkedu! Tergamam Seketika.. Saya Tetap TABAHKAN Hati & Kata Pada Gani
"Sayang.. Dahlah.. Letak Telefon"
Lalu?? Saya Menangis Teresak-esak Sendirian Dalam Kamar/Bilik Saya..
.
.
KEESOKAN HARINYA (Detik/Saat PERPISAHAN)
😔😢😭
Gani Menghubungi Saya Bertubi-tubi! Beberapa Kali Panggilan Masuk (Incoming Call) Saya Terima Di Telefon Bimbit Saya Namun Saya Enggan Menjawap.. Entahlah.. Hati & Perasaan Ini Ya ALLAH! Segalanya Bercampur Baur.. KESEDIHAN/KEPEDIHAN/KEKECEWAAN Yang Tidak Tertanggung Rasanya.. Sungguh Menyesak Dada! Mencengkam Kalbu! Akan Tetapi Saya Sedar, Hari Ini Mungkin Merupakan Suatu KEPUTUSAN.. Sesuatu Yang Harus Saya Hadapi/Tempuhi.. Jadi Hendak Tak Nak, Biarpun BERAT Rasa Hati Namun Saya Tetap Harus CEKALKAN Hati Untuk Menghubungi Beliau Kembali.. Setelah Menghubungi, Gani Dengan Nada Sebak & Pilu Memohon Maaf DiAtas Kejadian Semalam Malam..
Beliau Memohon Maaf Bagi Pihak Ibunya..
Katanya, Memang Tidak Sepatutnya Ibunya Mengeluarkan Kata-Kata KESAT & PENGHINAAN Sebegitu Terhadap Saya..
Beliau Juga Memohon Maaf Kerana Tidak Memberitahu Saya Bahawa Ibunya & Keluarganya Yakni Adik-Beradiknya Tidak Merestui Perhubungan Kami.. Mereka Langsung Tidak Boleh Menerima Saya Kerana KECACATAN Saya.. Gani Kata, Beliau Akan Sedaya Upaya Cuba Untuk Memujuk Ibunya & Adik-Beradiknya Agar Menerima Saya.. Beliau Minta Saya Supaya Bersabar, Berikan Masa, Jangan Putus Asa..
.
Namun....... Setelah Mendengar Segala Penjelasannya..
Dengan Tenang, Saya Memberitahunya Bahawa Saya Telah Pun Memaafkan Ibunya.. Saya Redha.. Saya Faham.. Setiap Ibu Inginkan Yang TERBAIK Buat Anaknya.. &...... Dengan Begitu BERAT HATI, & Iyer Sejujurnya Saya GAGAL Menahan/Mengawal AirMata Saya Pada Waktu Itu.. Merembes AirMata Membasahi Pipi! 😢😭
Saya Minta Gani Supaya Melupakan Saya.. Minta Supaya Perhubungan Ini Diputuskan..
.
Gani Enggan Melakukan Demikian! Kami Sama-Sama Menangis! Saya Beritahu Lagi Dengan Nada Suara Yang Menggeletar.. Sayu Teramat!
"Sayang.. Tak Guna Untuk Meneruskan Perhubungan Ini.. Tak Akan Ada Ertinya! Kita Tak Akan BAHAGIA..
'Trust Me' Sayang.. Sayang, Dengar Baik-Baik Apa Yang I Nak Cakap Ni Ok?? Ibu Hanya Ada Satu.. Seorang Aje Ibu DUNIA AKHIRAT..
Tapi Perempuan Berlambak Kat Luar U Boleh Cari Pengganti.. Pengganti I.. 'Im Sure' U Akan Dapat Yang Jauh Lebih Baik Dari I.. Redha Ok??"
Gani Masih Tidak Mahu Melepaskan!
Saya Langsung Memutuskan Talian & Esok-Esoknya Saya Tukar HP Number Supaya Gani GAGAL Untuk Berhubung Dengan Saya.. Saya Pasti, Mungkin Aje Gani Sudah Pun BAHAGIA Bersama Dengan Kehidupannya.. Pasangannya.. Keluarganya.. JODOHNYA.. Sesungguhnya PENGORBANAN, Bukan Sesuatu Perkara Yang Mudah Atau Bak Kata Orang Indon Gampang Aja! Tidak.. PENGORBANAN/PERPISAHAN Sesuatu Yang Amat PERIT & PAHIT Untuk Dilakukan..
Harus Menjadi DIAN/LILIN.. Rela TERBAKAR! Demi Menerangi Diri/Hidup Orang Lain..
SEKIAN....
Ikhlas ------->
Mass Factorz


Comments
Post a Comment