Perjalanan & Pengalaman Kisah Cintaku (Kisah 2)


Salam Rindu.. Salam Sayang.. & Salam Segala Salam DiUcapkan Kepada Semua Para Pembaca BLOG & Yang Bakal Membaca BLOG Saya DiSini.. Selamat Bersua Kembali.. Hmmm.. 🤔
Amacam Cinta & Sayang?? Rindu Saya Tak?? Rindu Tak Untuk Membaca Catatan Saya Yang Seterusnya Di Ruang BLOG Saya Ni?? Jujur Wokeyyy! Kalau Rindu Kata Rindu.. Gituuuuu.. 😊😉
.
Baiklah.. Dalam Catatan Perkongsian Saya Kali Ini, Masih Lagi Saya Ingin Kongsikan Mengenai CINTA.....
Yup.. CINTA.. Kerana CINTA Makan Tak Kenyang, Minum Tak Hilang Dahaga, Mandi Tak Basah Kuyup!
Tidur Tak Lena Haizzzzz.. Pokoknya Macam-Macamlah Kan Ungkapan Kata-Kata Yang Lazim Kita Dengar & Tahu?? Begitulah Situasi & Reaksinya Bila Orang Sedang Dilamun CINTA.. Setuju?? Ok Ok.. Saya Sudah Bersedia Untuk Berkongsi.. Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Membacanya?? Jom..
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
.
.
SI DIA JEJAKA 'F'

Pada Waktu Itu Usia Saya Sekitar 20An Tahun, Saya Mengenali Seorang Jejaka Ni Yang Namanya Bermula Dengan Huruf 'F' Di CHATLINE.. Seingat Saya Beliau Berusia Dalam 29-30 Tahun Begitu.. Berstatus SINGLE.. Kami Kenali Antara Satu Sama Lain..
Berhubung Menerusi Panggilan Telefon.. Mesej SMS..
Kemudian *DOT DOT DOT!* Sejujurnya Saya Katakan, Hati & Perasaan Saya Sudah Mula Terbit & Hadir Rasa Suka, Sayang Semualah! Alaaaaa, Senang Cakap Perasaan Cinta Mula Berputik.. Saya Dah Mula Ada Hati Kat Dia.. Iyer Saya Ulangi DiSini, Saya.. Mula Rasa & Menganggap Lebih Dari Seorang Kawan..
Biarpun Hakikatnya, Saya Ada Mengenali Jejaka CHATLINE Yang Lain Tetapi Soal Hati, Perasaan Ni Semua Memang Tidak Boleh DiDuga & DiJangka..
Pada Saya, Beliau Ok.. Cara Perbualannya, Tidak BIADAP & Sebagainya..
Saya Berterus-terang Mengenai Keadaan Saya Yang Dilahirkan Dengan Cerebral Palsy.. Dia Ok.. Katanya Tak Kisah.. Boleh Menerima Saya Seadanya..
Katanya Kita Kawan Dulu Ok?? InShaaAllah Jika Benar Ada JODOH Kita, Pasti Tak KeMana..
.
.

MALAM MENJADI SAKSI

Masih Lagi SEGAR DiIngatan Saya, Pada Suatu Malam Tu Kami Berbual Di Talian.. Masya Allah! Sungguh! Sejujurnya Saya Katakan Memang Memori Yang Sangat INDAH & MANISSSSS.. Kenapa?? Kerana Bayangkan, Kami Berbual Sampai Berjam-jam Lamanya Tao! HeHe.. Gembira Tak Terkata! 😊
Keheningan Malam Langsung Tidak Terasa Kerana Alunan Suara Kami Berdua Bak Melodi!
Berjaya Memecahkan Keheningan!! 💕

.
.

INI KISAH SAYA, DIA & *DOT DOT DOT....*

 Saya Punya Kenalan, Yang Saya Anggap Bukan Aje Sekadar Kawan Baik/Rapat.. Malah Yang Saya Hormati Seperti Kakak! Seorang Wanita Ni Yang Bermula Dengan Huruf 'A'..
Jadi Saya Ni Agak LURUS BENDUL.. Jujur.. Suka Berkongsi Apa Jua Yang Saya Rasa Saya Ingin Kongsikan.. Termasuklah Mengenai Jejaka Yang Bermula Dengan Huruf 'F' Tersebut.. Saya Beritahulah Yang Saya Kenal Seseorang Jejaka Ni..
Saya Mula Rasa Ada Hati Padanya.. & Hinggalah Pada Suatu Malam Tu, Saya 'Conference Call' Saya Menghubungi Jejaka 'F' & Saya Turut Menghuhubungi 'A'.. Kami Berbual Secara Bertiga Di Talian.. Sedang Asyik Berbual Punya Berbual, Panggilan Alam Pun Memanggil! HaHaaaa..
Perut Pun Rasa Nak TERKUCIL! 😛😜😝
Jadi Saya Biarkan Mereka Berdua Terus Berbual..
.
.


SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA??

Hmmmm.. Pada Suatu Malam Saya DiKejutkan Dengan Kiriman SMS Dari Si Jejaka 'F'
Bunyinya Seperti Ada Sesuatu Yang Ingin Cuba DiSampaikan.. Seperti PENTING & GENTING!! Ya ALLAH.. Hati Ini Terasa Berdebar-debar.. Menerusi Kiriman SMS Beliau, Beliau Menyuruh Saya Cuba Bertenang Dengan Apa Yang Beliau Ingin Cuba Sampaikan Nanti.. Beliau Akan Menghubungi Saya Lagi Beberapa Minit Untuk Menjelaskan.. Saya Tunggu Dengan Penuh Setia & Sabar.. Menerusi Panggilan, Beliau Memberitahu Kepada Saya Bahawa Pada Malam Itu, Ketika Itu, Beliau Sedang Berada DiLuar 'Dating' Buat Kali Kedua Dengan Seorang Wanita! Sejak Berkenalan, Beliau Sudah Mula Tertarik Dengan Wanita Tersebut.. & Beliau Rasa Sudah Mula Ada Hati Dengan Wanita Tersebut..

Hati Saya BERGELORA Tidak Terperi! AirMata Pun Mula Membasahi Pipi..
Namun DiDalam Kesedihan & Kehibaan Saya Tu, Tetap Timbul Perasaan Rasa Ingin Tahu.. Siapakah Gerangan Wanita Yang DiMaksudkan?? Yang Berjaya Menawan Hati Si Jejaka 'F' Ni..
Saya Tanya "Siapa?"
Dengan SELAMBA Dia Menjawap
"Mas Kenal Perempuan Tu.. & 'F' Ucapkan Terima Kasih.. Sangat Berterima Kasih Kerana Mas Lah 'F' Berkenalan Dengannya & Alhamdulilah.. Hubungan Kami Menjadi Semakin Rapat"

"YA ALLAH!! TAK MUNGKIN!!!" Bentak Hati Ini..

Saya Pun Berkata Dengan Nada Suara Yang Agak Terketar-ketar.. "Mak.. Maksud U 'A' Ke??"

Lalu 'F' Pun Menjawap "Iyer.. 'A'.. Dari Kelmarin 'Im Wanna Told U But' Bila I Bincang Dengan 'A', 'A' Cakap Jangan Dulu.. Takut Nanti U Kecewa"

Saya: "Ohhhhh.. Ok.. Hmmmm Tapikan 'F', Apa Bezanya?? Sama Ada U Or 'A' Tak Nak Beritahu I Kelmarin Ke, Cuba Sembunyikan.. Rahsiakan..
Lambat-Laun Pun I Tetap Akan Tahu Jugakan??
U Or 'A' Tetap Akan Beritahu Juga.. & I Tetap Akan Kecewa! 'Soo Whats The Different??'"

'F' & 'A' Memohon Maaf Kepada Saya.. Iyer Saya Akui, Setelah Itu Perhubungan Kami Memang Agak Terjejas! Tidak Rapat Atau Seakrab Dulu..
Saya Cuba Buat Seperti Biasa BiarPun Hakikatnya Saya Rasa Tidak Biasa.. Cuba Untuk TABAH, REDHA & CEKAL..
Saya Biarkan Aje Mereka Di FB Saya (Pada Waktu Itu) Masing-Masing 'Post' KEBAHAGIAAN Mereka Berdua..
Pasal Cinta Mereka.. Status Relationship Mereka Dari SINGLE Berubah Ke IN A RELATIONSHIP..
Tapi Akhirnya Saya Mengambil Keputusan Untuk UNFRIEND Mereka..
Saya Benar-Benar MENJERUK HATI..
Iyer Saya Maafkan.. Tapi?? KELUKAAN Dalam Hati Masih Jelas Terasa! PEDIH Sesangat Wokeyyy..
Mengambil Masa Untuk SEMBUH..
Belum Sempat Lagi Untuk Saya Meneruskan Perhubungan Dengan 'F' Lebih Jauh Lagi, Tiba-Tiba Jadi Begini.. Siapa Sangka Siapa Menduga Kan??
& DiPendekkan Cerita, JODOH Mereka Berdua?? Syukur.. Memang Panjang.. Sampai Ke Alam PERTUNANGAN & Alam PERKAHWINAN.. Yup..
Akhirnya Mereka Berdua Sah Menjadi Suami Isteri..
.
.
& Saya?? HaHaaaa! Nampaknya Begini Ajelah.. Masih Lagi SENDIRI.. Masih Lagi SINGLE MINGLE SOLO MOLO.. Tiada Pasangan Hidup.. ALLAH Masih Belum Temukan Saya Dengan JODOH Saya Yang Sebenar..
Entahlah Wa'allahualam.. Andai Benar Ada JODOH Saya Suatu Hari Nanti, Adalah InShaaAllah..
Tapi Andai Dah Tertulis Di LUTH MAHFUDZ Nya Memang Saya Ni Tiada JODOH Di DUNIA Yang FANA Ni, Apa Boleh Buatkan?? Apa Yang Perlu Saya Lakukan Lagi?? Melainkan REDHA.. TERIMA Ajelah..
Mungkin Aje, JODOH TERBAIK Saya Ada Di AKHIRAT Kelak InShaaAllah.. 🤲🏻
Ikhlas --------->
Mass Factorz

Comments